#TanyaTelenisa
Ada Apa Dengan Nusyuz?
Dalam episod ini, Telenisa telah menjemput Raja Hafiq, seorang Peguam Syariah, dan Fadhul Adnin, Pengurus Unit Advokasi, Perkhidmatan Undang-Undang, dan Penyelidikan, Sisters In Islam. Topik yang dibincangkan? Nusyuz. Tetapi apa sebenarnya Nusyuz? Dan adakah benar jika seorang suami mendakwa isterinya melakukan Nusyuz, dia akan kehilangan semua haknya sebagai seorang pasangan? Satu soalan lagi yang timbul: Mengapa undang-undang berkenaan Nusyuz hanya mempertikaikan wanita dan tidak lelaki? Teruskan membaca artikel di bawah untuk mengungkap jawapan-jawapan yang merangsang pemikiran ini dan untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang isu yang kompleks ini.
Soalan kepada Raja Hafiq: Apakah Nusyuz?
Secara umumnya, "Nusyuz" boleh dikenakan kepada suami atau isteri. Jika kedua-dua pasangan memenuhi kriteria, Nusyuz boleh dikenakan. "Durhaka” termasuk dalam Nusyuz. Setiap kali salah seorang pasangan mempertikaikan atau enggan mematuhi pasangan mereka, ia dianggap sebagai Nusyuz. Sebagai contoh, jika seorang isteri menjauhkan diri dari suaminya dan tinggal di tempat lain, ini dianggap sebagai Nusyuz. Begitu juga, jika seorang suami melakukan tindakan yang dilarang dan tidak sesuai, seperti kekejaman, penderaan fizikal atau mental, atau mengabaikan tanggungjawabnya terhadap isterinya (memberikan penjagaan dan kasih sayang), ini dianggap sebagai Nusyuz. Dalam AL-Quran, Nusyuz disebutkan dalam Surah An-Nisa, ayat 128:
“Dan jika seorang perempuan khawatir suaminya akan nusyuz atau bersikap tidak acuh, maka keduanya dapat mengadakan perdamaian yang sebenarnya, dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka) walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir.”
Oleh kerana itu, jika Nusyuz berlaku dalam keluarga, AL-Quran mencadangkan bahawa pasangan sepatutnya mencari penyelesaian dan mencuba menyelesaikan masalah yang disebabkan oleh Nusyuz.
Apabila melihatnya dari perspektif Undang-Undang Keluarga Islam, sebagai contoh di negeri Selangor, Seksyen 60. Undang-Undang Keluarga Islam “Kuasa Mahkamah memerintah nafkah bagi isteri, dan efek nusyuz”, menyatakan:
- Tertakluk kepada Hukum Syarak Mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya.
- Tertakluk kepada Hukum Syarak dan pengesahan Mahkamah, seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya, iaitu, antara lain:
(a) Apabila dia menjauhkan diri daripada suaminya;
(b) Apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kehendaknya; atau
(c) Apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke rumah atau tempat tanpa alasan yang sah mengikut undang-undang Islam.
Ada alasan yang munasabah bagi mahkamah untuk mengisytiharkan seorang isteri sebagai Nusyuz. Jika Nusyuz berlaku, kewajiban suami untuk memberikan nafkah ditarik balik, dan isteri tidak berhak menerima nafkah. Selain itu, Seksyen 66. “Hak kepada Nafkah atau Bantuan selepas perceraian” disebutkan, yang berkaitan dengan hak kepada nafkah atau sokongan selepas perceraian:
(1) Hak seorang isteri yang bercerai untuk menerima nafkah daripada bekas suaminya di bawah perintah Mahkamah akan berakhir pada tamat tempoh 'iddah atau apabila isteri menjadi Nusyuz.
Sekali lagi, istilah Nusyuz disebutkan dalam undang-undang bertulis rantau ini, khususnya bagi mereka yang diisytiharkan sebagai Nusyuz oleh mahkamah.
Soalan kepada Fadhul Adnin: Apa pertanyaan klien yang sampai kepada Telenisa berkenaan "Nusyuz"?
Jadi, salah satu sebab mengapa klien-klien kami bertanya tentang "Nusyuz" adalah kerana ia berkait rapat dengan keganasan fizikal, mental, dan emosi yang mereka alami. Berdasarkan apa yang mereka kongsi, ia bermula daripada pertikaian kecil, seperti konflik lisan antara pasangan suami isteri dan apabila situasi ini timbul, mereka sering kali mempertimbangkan untuk meninggalkan rumah kerana tekanan yang terlalu berat dan sebagai cara untuk mencari perlindungan. Oleh kerana isteri tidak lagi mampu menanggungnya dan tidak mampu bersabar lagi, dengan meninggalkan rumah, mereka merasa selamat dan tenteram.
Berkenaan dengan klien-klien kami, beberapa di antara mereka telah menyatakan bahawa pasangan mereka sering terlibat dalam aktiviti tidak bermoral seperti berpesta di kelab malam. Ada juga yang mendedahkan bahawa pasangan mereka terlibat dalam penggunaan bahan-bahan yang dilarang seperti dadah, arak, dan sebagainya. Selain itu, terdapat isteri-isteri yang mengadu tentang suami-suami mereka yang kecanduan menonton video porno, yang mengganggu keharmonian perkahwinan mereka.
Soalan kepada Raja Hafiq: Sebelum ini, anda telah menjelaskan bagaimana seorang isteri boleh disabikan "Nusyuz." Sekarang, bagaimana pula dengan seorang suami? Apa yang menyebabkan seorang suami dianggap sebagai "Nusyuz"?
Nusyuz ini bukan hanya berlaku bagi seorang istri tapi suami juga bisa dikategorikan Nusyuz. Antara penyebab dan faktor-faktor seseorang suami menjadi Nusyuz adalah: pernah dibincangkan dalam kitab-kitab fiqah klasik, seperti mana dalam kitab fiq manhaji dinyatakan “Suami yang menganiaya istri dan tidak menyukainya seperti tidak memberikan giliran bermalam, nafkah, atau mengasarinya dengan perkataan atau perbuatan, isteri dalam menasehati suami dan mengingatkan tanggung jawab, jadi ini adalah garis panduan atau pun ciri-ciri yang dinyatakan dalam hukum Syarak dan digariskan dalam kitab-kitab fiqah klasik ini bahwa sekiranya suami menganiaya istri, tak suka kepada istri, kemudian bagi yang mengamalkan nikah poligami, sebagai contoh tidak memberikan giliran yang adil terhadap istri-istri mereka. Atapun tidak memberikan nafkah yang sesuai dan patut bagi isteri mereka, atau mengasari dengan perkataan atau perbuatan (kekerasan fisikal, mental torcher, habitual assault) ini bisa di kategorikan seorang yang Nusyuz.
Saya akan cerita dulu dari Hukum Syarak sebab dia ada perbedaan sedikit dari sudut praktikal undang-undang di Malaysia. Dinyatakan juga dalam sebuah kitab Hasyiyah Syekh Ibrahim Al-Bajuri bahwa Suami yang Nusyuz adalah suami yang tidak bertanggung jawab terhadap kewajiban terhadap isterinya, tidak bersama dengan isteri itu dengan baik, tidak memberikan giliran yang adil kepada istri-istri yang mana mereka ini mengamalkan nikah poligami, tidak memberikan nafkah, dan keperluan hidup yang lain.
Seperti mana yang sudah di sebutkan dalam kitab fiq manhaji, sekali lagi diulang sekiranya seorang suami itu tidak melaksanakan tanggung jawab yang telah diwajibkan oleh Syarak yang dilakukan bagi seorang istri maka seorang suami itu boleh dikatakan melakukan Nusyuz dan dinyatakan juga suatu masa dulu seorang suami yang Nusyuz boleh dikenakan hukuman takzih. Ini perlu menjadi pandangan undang-undang kita yang perlu kita perbaiki, terutama kerana hukuman ini tidak dinyatakan dengan terperinci dalam al-Quran. Kita perlu menetapkan bagaimana kita ingin menghukum suami atau isteri yang terlibat dalam Nusyuz. Kepimpinan suatu negara perlu bersifat fleksibel untuk memastikan terdapat hukuman yang sesuai bagi suami atau isteri dalam keadaan Nusyuz. Sejauh ini, hukuman bagi mereka yang dinyatakan bersalah dalam kes Nusyuz belum begitu jelas dan tepat. Namun begitu, terdapat cara-cara alternatif bagi kita untuk menyelesaikan atau mengatasi masalah yang berkaitan dengan Nusyuz.
Soalan kepada Fadhul Adnin: Apakah pemahaman klien-klien yang datang kepada SIS atau Telenisa apabila mereka bertanya tentang Nusyuz?
Biasanya, SIS atau Telenisa menerima panggilan langsung daripada klien-klien, dan mereka menerangkan masalah yang mereka hadapi dalam hubungan keluarga mereka. Secara tidak langsung, isu atau persoalan tentang Nusyuz muncul. Contoh yang kami terima adalah apabila suami marah-marah dan berkata, "Kau sudah Nusyuz, Alin, kau tidak layak menjadi ibu kepada anak-anak kita." Klien menjadi panik, bimbang, dan cemas. Perasaan bercampur-baur dan mereka berasa hak-hak mereka sebagai seorang isteri hilang. Klien-klien ini menganggap bahawa apabila suami secara terang-terangan menyebutkan Nusyuz terhadap isteri, maka isteri mengira bahawa dia kehilangan semua haknya sebagai seorang isteri (nafkah, tempat tinggal, dan lain-lain). Saya ingin menegaskan bahawa pemahaman ini tidak tepat dan perlu diperbetulkan.
Yang benar ialah Nusyuz hanya boleh diisytiharkan atau dijatuhkan oleh hakim di mahkamah dan hanya setelah salah seorang daripada pasangan (suami atau isteri) membuat permohonan. Ini bermakna, selagi tiada keputusan mahkamah dan selagi tiada perintah dikeluarkan, isteri tidak dianggap sebagai Nusyuz dan beliau masih mempunyai segala haknya sebagai seorang isteri. Ini berlaku sehingga keputusan mahkamah diperoleh dan perintah dikeluarkan. Penjelasan ini sangat penting bagi saya dan bagi semua pihak untuk mengetahui.
Soalan kepada Raja Hafiq: Apakah kesan terhadap seorang istri atau suami jika telah digelar Nusyuz dibawah Mahkamah Syariah?
Seperti yang telah saya jelaskan sebelum ini, dalam enakmen Undang-Undang Keluarga, Seksyen 60. Undang-Undang Keluarga Islam “Kuasa Mahkamah memerintah nafkah bagi isteri, dan efek Nusyuz”. Sebenarnya, seksyen ini berkaitan dengan nafkah isteri dan isu nusyuz dihuraikan dalam arti kata yang ringkas, iaitu tertakluk kepada Hukum Syarak dan pengesahan mahkamah. Hanya mahkamah yang berhak mengisytiharkan seseorang dalam keadaan nusyuz atau tidak. Untuk mendapatkan pengisytiharan ini, mahkamah akan mengkaji kes secara teliti, termasuk tindakan seperti menjauhkan diri dari pasangan, meninggalkan rumah, dan faktor-faktor yang berkaitan. Mahkamah juga akan menilai usaha-usaha yang dilakukan oleh suami, sebagai contoh: jika isteri melakukan perkara-perkara yang dianggap sebagai nusyuz, suami perlu membawa bukti bahawa usaha telah dilakukan untuk menasihati dan menghadiri kaunseling. Jika dalam Al-Quran telah diberikan nasihat, telah diasingkan dari tempat tidur sebagai pengajaran, jika suami telah melaksanakan semua ini dan akhirnya mahkamah mengisytiharkan nusyuz, kesan yang timbul adalah isteri yang diisytiharkan nusyuz tersebut tidak berhak menerima nafkah sahaja. Hak-hak lain seperti harta bersama, mutaah, hak-hak berkaitan dengan anak, sebagai contoh: hak jaga anak, dan hak nafkah anak masih boleh diperoleh. Jadi, kesan nusyuz ini hanya melibatkan kehilangan hak menerima nafkah daripada segi undang-undang.
Sehingga kini, Malaysia tidak menggariskan apa-apa kesan hukuman terhadap suami yang Nusyuz. Jika kita meneliti undang-undang secara lebih luas, Undang-Undang berkenaan dengan nusyuz agak tidak praktikal kepada suami. Ini kerana jika seorang suami terlibat dalam tindakan seperti meninggalkan isteri, tidak memberikan nafkah, dan tindakan serupa, remedy yang sesuai bukanlah nusyuz tetapi alasan-alasan perceraian, sebagai contoh, alasan fasakh. Oleh itu, pertamanya, kesan nusyuz ini adalah kehilangan nafkah sahaja. Hak-hak lain masih tetap berkekalan dan layak kepada isteri. Selama ini, undang-undang tidak menggariskan kesan terhadap suami dalam konteks nusyuz, tetapi jika suami berada dalam keadaan nusyuz, ia lebih sesuai dibincangkan dalam konteks perceraian fasakh atau talak.
Soalan kepada Fadhul Adnin: Undang-undang ini tidak melibatkan suami, tiada kesan terhadap suami apabila suami disabikan nusyuz. Adakah Puan Fadhul rasa ini menyebabkan suami lebih dominan, lebih mudah menggelak nusyuz kepada pasangan mereka, dan lebih mudah melafaskan isteri sebagai nusyuz?
Menurut pandangan saya dan melihat kepada situasi yang berlaku di Malaysia, perkara ini sering berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor pertama ialah suami melihat dirinya sebagai penguasa atau pemimpin, mempunyai kuasa mutlak atau veto. Suami-suami ini kerap kali merujuk kepada ayat dalam Surah An-Nisa:34 yang bermaksud "lelaki adalah pemimpin bagi wanita". Namun, suami-suami ini sering kali lupa bahawa ayat tersebut tidak berhenti di situ sahaja; ayat itu juga melibatkan isu tanggungjawab, termasuklah aspek sokongan kewangan, pakaian, tempat tinggal, dan lain-lain. Inilah salah satu sebab mengapa istilah "Nusyuz" disalahgunakan oleh banyak suami di luar sana.
Soalan kepada Raja Hafiq: Peruntungkan tentang nusyuz kurang relevan pada masa kini, bisakah diterangkan lebih lanjut?
Mengenai isu "Nusyuz" dalam perkahwinan, jika seorang isteri dinyatakan sebagai "Nusyuz" oleh mahkamah, hak yg hilang hanya nafkah, dan perkara-perkara lain masih berhak. Jika seorang suami dinyatakan sebagai "Nusyuz," perkara yang lebih relevan bagi isteri untuk pertimbangkan atau tuntut adalah perkara berkaitan dengan cerai, "Fasakh," atau "Talak."
Dalam situasi semasa, "Nusyuz" sering kali digunakan secara sewenang-wenang oleh suami tanpa dipertanggungjawabkan kepada isteri. Impak undang-undang ini tidak nampak dengan mudah. Sebagai contoh, Seksyen 121 menyatakan bahawa "Jika seseorang tidak lagi hidup bersama isterinya mengikut cara undang-undang Islam, isteri itu boleh memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan perintah supaya orang itu hidup bersama semula dengan isterinya.
Oleh itu, tiada hukuman langsung yang dikenakan. Terdapat situasi lain, seperti dalam Undang-Undang Keluarga Islam Selangor, Seksyen 127, yang menyatakan,
"Jika seseorang telah diperintahkan oleh Mahkamah supaya hidup bersama semula dengan isterinya dan dia bersengaja cuai atau tidak mematuhi perintah itu maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu."
Dalam situasi seperti ini, perkara tersebut tidak lagi tergolong dalam bidang kuasa "MAL". Ia perlu dirujuk kepada jabatan yang lebih sesuai, iaitu "Jabatan Pendakwaan Syariah." Di Selangor, terdapat "Jabatan Pendakwaan Syariah." Seperti yang dijelaskan tadi, isu ini kelihatan kurang relevan kerana perkara "Nusyuz" seharusnya diatasi di luar mahkamah. Aspek yang melibatkan "Nusyuz" sering melibatkan pertimbangan moral atau jika seorang isteri tidak patuh kepada suaminya, tugas suami adalah untuk menasihatinya, yang tidak memerlukan perintah mahkamah, dan begitu juga sebaliknya.
Isu "Nusyuz" ini memerlukan perubahan dalam undang-undang yang lebih terkini atau langkah pembetulan berkaitan dengan "Nusyuz." Kita harus mengkaji peruntukan-peruntukan lain dalam undang-undang yang lebih relevan, praktikal, dan bermanfaat untuk isteri. Terutamanya apabila terdapat kemudaratan dalam hubungan suami-isteri, kita perlu mencari cara untuk menangani kerosakan tersebut dan menghapuskan kelakuan tidak bermoral. Pendekatan seperti ini lebih baik dan lebih praktikal daripada hanya memandang isu "Nusyuz" dari segi undang-undang semata-mata.
Soalan kepada Fadhul Adnin: Sebelum ini, Encik Hazik telah menyebut alasan mengapa permohonan Nusyuz sepatutnya diselesaikan di luar mahkamah. Menurut pendapat Puan, bagaimana konflik dalam hubungan suami-isteri boleh diselesaikan tanpa menggunakan Nusyuz sebagai hukuman kepada pasangan masing-masing?
Saya sepenuhnya bersetuju dengan apa yang telah disebutkan oleh Encik Hazik tadi. Adalah lebih bijak untuk melaksanakan konsep "suluh", yang lebih menekankan perdamaian. Kembali kepada soalan mengenai bagaimana memperkuatkan hubungan suami-isteri, menurut pandangan saya, untuk mengekalkan kebahagiaan dalam perkahwinan, kedua-dua pasangan perlu menyingkirkan sifat ego masing-masing. Keyword di sini ialah ego. Kita tidak boleh mengabaikan bahawa ego adalah sifat semula jadi bagi lelaki. Namun, kita perlu mengatasi ego kita demi kebahagiaan bersama. Apa yang saya cadangkan ialah suami dan isteri sepatutnya merenung diri mereka sendiri terlebih dahulu sebelum menyatakan atau mengetengahkan konsep Nusyuz. Bertanyalah kepada diri sendiri, apakah yang membuat pasangan anda merasa Nusyuz atau sebenarnya anda sendiri yang merasakannya. Ini adalah saat untuk introspeksi. Jika suami melakukan perkara yang tidak sesuai, dia sepatutnya memperbaiki dirinya terlebih dahulu, dan perkara yang sama berlaku bagi isteri.
Menurut pandangan saya, seorang suami yang baik dan berakhlak tidak akan mudah menuduh isterinya sebagai Nusyuz. Lebih dari itu, sebagai suami dan isteri, masing-masing mempunyai peranan dan tanggungjawab. Namun, sebagai ketua keluarga, saya percaya suami sepatutnya memberi contoh yang baik. Hanya dengan itu kita boleh merujuk kepada ayat 34 dari Surah An-Nisa yang bermaksud, "Lelaki adalah pemimpin dan penjaga perempuan." Di sini, kepemimpinan bukanlah tentang menggunakan kuasa veto atau kuasa mutlak sebagai suami; ia adalah tentang tanggungjawab kepimpinan. Ia bukan hanya tentang memimpin tetapi juga melindungi isteri. Intinya ialah, selepas memastikan kita tidak bersalah atau selepas membetulkan kesilapan kita jika ada, apabila kita perhatikan ada yang tidak kena dalam pasangan kita, sama ada suami atau isteri, kita perlu menawarkan nasihat dengan lembut dan baik. Sebagai contoh, dalam Surah An-Nisa, Allah menyatakan 'Perlakukan mereka dengan kebaikan". Walaupun ayat ini ditujukan kepada suami, tapi prinsip ini berlaku sebaliknya. Oleh itu, apabila berlaku perselisihan, kita perlu berinteraksi dengan baik dan elak menyalahkan satu sama lain.
Menyalahkan antara satu sama lain tidak akan menyelesaikan masalah; malah, ia boleh memperburukkan situasi dan mengancam perkahwinan. Allah SWT tidak suka perceraian, walaupun ia dibenarkan; ia adalah salah satu perkara yang tidak disenangi oleh Allah. Salah satu cara untuk memperkuatkan hubungan suami-isteri adalah dengan memberi peluang kepada satu sama lain untuk berbicara. Mungkin terdapat alasan tertentu mengapa seorang isteri atau suami berkelakuan sedemikian—mungkin tekanan kerja, kurang bantuan di rumah, seperti urusan rumah tangga, memasak, dan jagaan anak. Dari situ, kita mungkin merasai tekanan, tetapi jika ini tidak dinyatakan kepada pasangan, kita tidak akan tahu. Komunikasi adalah penting di sini, dialog dua hala untuk menjaga suasana bebas tekanan. Elakkan menggunakan kata-kata kasar, membesarkan isu kecil, mengemukakan isu lama yang telah dimaafkan, saling menghina, dan elakkan mengungkapkan ketidakpuasan di media sosial—ini sepatutnya menjadi perkara peribadi antara suami dan isteri. Menurut pandangan saya, itu adalah tindakan yang tidak wajar. Kita perlukan kesabaran dan usaha untuk memaafkan dan berkompromi antara satu sama lain.
Soalan kepada Raja Hafiq: Mengapakah kes Nusyuz ini suka dinyatakan dan mengapakah Mahkamah meletakkan pembunonan buktian sangat penting dalam kes Nusyuz ini?
Apabila merenung topik yang lebih spesifik, aplikasi undang-undang di mahkamah serupa dengan mahkamah Syariah, di mana proses pengumpulan bukti bagi setiap tuntutan menjadi sangat penting. Jika terdapat kekurangan bukti yang dibentangkan oleh pihak plaintif atau jika bukti tidak memenuhi keperluan elemen-elemen yang ingin mereka buktikan, menjadi mencabar untuk menyokong setiap tuntutan tersebut. Prinsip ini telah lama berada dalam hukum Syariah, berdasarkan hadis Nabi, "AL-BAYYINAH = bukti. Bukti mesti datang dari pihak yang menuduh, iaitu pihak yang membuat tuntutan. Sebagai contoh, jika A menuduh B mengambil harta A, A perlu membuktikan bahawa barangan itu memang milik mereka, sementara B, yang dituduh, perlu membuktikan bahawa mereka tidak mengambilnya.
Dalam kes Nusyuz, membuktikan tuntutan Nusyuz mesti jelas. Sebagai contoh, apabila seorang suami ingin menuduh Nusyuz—yang bermaksud tingkah laku isteri menjauhinya, meninggalkan rumah tanpa izinnya, atau enggan tinggal bersama dengannya—dia memerlukan bukti-bukti yang kokoh. Isu elemen masa, tarikh, elemen-elemen perbuatan itu sendiri dan sekiranya elemen-elemen itu bisa dibuktikan sekalipun, seorang istri masih punya pembelaan-pembelaan yang bersesuaian dengan yang sekiranya dibuktikan juga oleh seorang istri dapat mematahkan bukti-bukti yang di laporkan oleh suami.
Sebagai contoh, ada satu kes di mahkamah Syariah yang dilaporkan melalui proses undang-undang. Dalam kes "Katijah vs. Ismail pada tahun 1981," plaintif memfailkan permohonan cerai kerana suami telah meninggalkan isteri selama 6 tahun. Setelah perkahwinan mereka, mereka tinggal bersama selama 40 hari di rumah isteri. Kemudian, suami meminta isteri untuk berpindah ke rumah lain, tetapi rumah tersebut tidak memenuhi keperluan dan terletak berdekatan dengan kilang. Pada peringkat mahkamah rendah, permohonan cerai ditolak, kerana isteri dianggap enggan mengikut suami. Pada peringkat mahkamah lebih tinggi, permohonan itu ditolak lagi, kali ini kerana isteri dianggap "Nusyuz" kerana tidak mematuhi permintaan suami. Namun, kes ini dinafikan oleh institusi yang kompeten, pada tahun 1981 belum ada mahkamah lebih tinggi seperti yang kita ada hari ini, ia kemudiannya dikenali sebagai "Jabatan Kuasa Rayuan." Plaintif merayu, dan institusi ini memutuskan bahawa keputusan mahkamah rendah adalah salah.
Apabila isteri tidak mahu berpindah bersama suami, dan alasan beliau ialah tempat kediaman yang dimaksudkan tidak sesuai, walaupun suami menuduhnya enggan mengikut, jika isteri dapat membuktikan bahawa terdapat alasan sah mengapa dia tidak mahu berpindah bersama suami, tingkah laku sedemikian tidak boleh dianggap sebagai "Nusyuz".
Transkrip oleh Nesya Tirtayana (Pegawai Komunikasi di FNF Malaysia) berdasarkan pada #TanyaTelenisa Episod 1